Al-Fatihah…

Posted by king on 14th August 2009 in Uncategorized

13 ogos, perginya seorang pejuang dan ikon didalam industri nasyid di Malaysia iaitu Ustaz Asri Ibrahim juga di kenali dengan nama Asri Rabbani. Aku agak terkilan kerana baru sahaja beberapa hari aku bertemu beliau dan aku mendapat berita bahawa pemergian beliau sangat mengejutkan.

Dikhabarkan beliau pada pagi itu sedang menjalankan penggambaran Shahadah di angkasapuri dan rebah ketika memegang microphone. Beliau di kejarkan ke hospital Pantai dan meninggal dunia di hospital tersebut. Pada sebelah malamnya aku bersama warga Nasyeed.Com pergi ke tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir buat beliau. Pada aku perginya beliau ibarat hilangnya seorang permata, pejuang dan juga ikon didalam perjuangan dakwah melalui seni muzik ini..

Sama2 kita sedekahkan alfatihah buat beliau… Al-Fatihah…………….

Balik Kampung tanpa di rancang……

Posted by king on 24th July 2009 in Uncategorized

14 Julai, malamnya di UDM

Terdengar Mestica ade show di Kuala Terengganu membuatkan aku x duduk diam. Hati jadi kacau terus aku teringat kampung aku. Membuat keputusan untuk menyertai, permohonan aku untuk turut serta diluluskan Abg Razin. Hehe…. akhirnya dapat jugak aku balik walaupun sekejap. Bertolak dari ofis NAsyeed.Com dalam jam 10 pagi, kami (Aku, Abg.Waie, Abg.Razin, dan Abg.Khairul) bertolak menaiki toyota unser menuju ke gombak untuk pick up Abg. Khalil. Abg.Epul x dapat join show ni mungkin kerja kot. Huhu….

Kami bermusafir selama lebih kurang 7 jam dengan hanya berhenti di hentian R&R Gambang untuk lunch dan meneruskan perjalanan hingga ke K.Trg dan sampai lebih kurang dalam jan 5 petang. Sesampai nya kami terus ke UDM (Univ. Darul Iman Malaysia) kali ni aku memainkan peranan sbg tourist guide. Hehehe…. maklumla… bawak artis balik kampung tuuuu….

Di sebelah malamnya Mestica beraksi dan berkongsi pentas dengan Akbar dan Yassin serta 2 kumpulan nasyid dari UDM sendiri.. Selepas show aku bawak diorg g makan kat tempat yang aku selalu makan. Kat sini buat pertama kalinya Ayahanda aku bertentang mata bersama Mestica dan jugak abg. Waie. Banyak jugak la diorg sembang malam tu… Gembira jugak hati aku sbb aku dapat menemukan ayah aku dengan mereka. Selesainya kami terus ke penginapan di UMT (Univ.Malaysia Terengganu) dimana mereka akan beraksi pula pada malam esoknya.

15 Julai di UMT pula…

Kami keluar bersarapan pada jam 9 pagi. Kami bersarapan di warung yang slalu aku makan dulu. Huhu… dah lame da xmakan kat situ rase2 dah 4 tahun kot aku x pg situ. Selepas sarapan kami mengambil peluang ronda2 Kuala Terengganu dan agenda mereka adalah untuk ke Pasar Payang dan membeli keropok lekor. (Maklumlah… Pelancong la kata kan… Hehehe)

Aku bersama abg. Khalil menunjuk jalan di sekitar pasar itu. agak banyak juga abg. Khalil membeli. Katanya untuk orang rumah dan anak. Hehe…. Dah selesai di Pasar Payang aku bawa diorg ni ke Marang katanya dah xsabar2 nak makan lempeng nyior kat situ. Aku pun bawak la diorg. Sesudah tu kami pun balikke penginapan di UMT tu. Pada jam 4 ptg, aku bawak lagi diorg ke Seberang Takir untuk membeli keropak lekor. Pehh…. Mmg tak hengat nye diorang shopping. Aku pikir2 la agaknya kena ada satu lagi kereta ni kalau nak balik ni. Hahaha….

Selepas tu kami terus ke UMT untuk sound check. Pada sblh malam nya pula Mestica beraksi lagi dengan beberapa persembahan2 lain seperti persembahan nasyid dari team UMT sendiri dan juga dari Nash yang turut hadir malam tu. Mungkin ade lagi kot performer2 lain tapi aku x nmpk sgt sbb mlm tu aku tolong buat sales di booth Mestica. Sebelum balik malam tu aku sempat jumpa ayahanda aku kejap dan kami packing2 dan terus pulang ke Shah Alam malam tu jugak……

Pengalaman pertama…..

Posted by king on 28th June 2009 in Uncategorized

Perkampungan Bintang Nasyid Mukmin

Nasyid yang kini merupakan satu medium yang semakin berkembang telah mendapat tempat di hati ramai pihak. Tidak ketinggalan golongan muda yang di mana dari kategori sekolah rendah. Dengan itu, satu inisiatif baru telah dijalankan dan ini boleh dipuji kerana ianya membawa satu pembaharuan didalam industri nasyid tanah air. “Bintang Nasyid Mukmin”… Itulah tajuk program yang disasarkan kepada golongan pelajar2 sekolah rendah bagi mempamerkan bakat2 mereka untuk di gilap agar bersinar di kemudian hari. Program ini telah beberapa tahun di jalankan dengan pelbagai konsep. Tetapi aku baru pada tahun ni baru melibatkan diri dan pada tahun ini konsep yang di bawa begitu berbeza sekali iaitu ala2 akademi dengan perlaksanaan melalui pendekatan ‘perkampungan’.

Pengalaman Aku….. Di ceritakan….

Ya…. Perkampungan Bintang Nasyid Mukmin 09. Itu lah tajuk nya pada tahun ini dan aku secara tidak langsung terlibat dengan program ini. Pertama kali pengalaman aku terlibat di dalam program sebegini memberikan cabaran yang kuat pada aku. Di tambah pula aku diberi tanggung jawab selaku musical director (MD). Disini aku sebenarnya belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Yela kan? Macam2 ragam aku jumpa sepanjang program ini. Tapi, Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar sehingga tamat program. Pengalaman aku disini ialah sebagai penyusun muzik. Walaupun muzik yang dimainkan didalam bentuk muzik perkusi ia tetap mencabar. Dengan berbekalkan sedikit pengetahuan aku gagahkan diri meneruskan juga tugas aku demi amanah yang di berikan pada aku. Akhirnya ianya berjaya sehingga ke kemuncaknya….

Sesi bersama dakmie

Gamelan lagi…..

Posted by king on 17th June 2009 in Uncategorized

Dah dekat 2 bulan dah rasanya aku tinggalkan projek gamelan ni…. Comment pn ade yg tanye ape update citernye lagu2 gamelan ni… hehehe. Actually aku hanya tinggalkan sementara sahaja bukan untuk selamanya kerna ada beberapa komitmen lain yang aku perlu dahulukan buat sementara waktu ini. Beberapa minggu yang lalu aku berjumpa dengan seseorang yang berpengalaman di dalam muzik. Di ceritakan tentang projek gamelan aku ini. Beliau mengatakan bahawa lagu2 gamelan sekarang sudah biasa didengari. Ya…. Pendapat beliau begitu tepat sekali kerana lagu2 yang aku reprogrammed ni adalah lagu2 asas dan lagu2 asli didalam permainan muzik gamelan asli. Hehe… mungkin posting kali ni agak teknikal sedikit. Tapi xpe… aku just nak share ape yang aku tahu..

Berdasarkan kritakan dan komen yang aku terima tempoh hari, aku tetap mahu teruskan dengan apa yang ada. Tak mengapalah jika orang yang dengar lagu2 gamelan ini dah familiar, ini kerana sasaran aku adalah pada golongan2 yang tidak tahu menahu apa2 tentang perkara ini. Bak kata orang, pendedahan pertama la… hehe.. selain dari tujuan komersil dan marketing, tujuan ini lah yang menjadi sasaran utama aku dan ianya memberikan azam dan semangat untuk aku teruskan jua projek ini kerana pada aku masih ramai lagi yang buta tentang seni warisan tinggalan bangsa ini.. Lantas dari situ juga aku mendapat idea untuk menggabungkan unsur kontemporari dalam muzik ini agar pendengar2 nanti takde la nak dengar lagu yang hampir sama je bunyinya. Mungkin sedikit berbeza tetapi asas gamelan itu masih tetap ada iaitu dengan pengunaan not2 yang sama dalam permainan muzik gamelan asli. Hehe….

bonang

Insya Allah dengan hasil yang ada generasi masa kini sedikit sebanyak tidak melupakan apa yang bangsa sendiri warisi dan kita sepatutnya berbangga kengan khazanah warisan ini. Cuma untuk kelihatan up to date, susunan muzik gamelan iini tetap seperti asal tetapi hanya instrumentasi nya sahaja akan agak sedikit berbeza dengan yang asal, tetapi ianya tidak mencacatkan keaslian lagu yang asal.

Disini sedikit sebanyak aku pelajari macam mana mahu memperkembangkan idea sedikit demi sedikit dengan pengetahuan aku yang agak terbatas aku teruskan jua demi bangsa….. Dalam itu lagi masih ada beberapa kemungkinan yang berlegar2 di fikiran aku semasa aku membuat posting ini… Hmmmm. mungkin itu dan ini… siapa tahu?

Aku Rela… Betul ke maknanya?

Posted by king on 4th May 2009 in Uncategorized

Extract from the song of  ”Aku Rela’ by ALGEBRA yang mana bait2 liriknya berbunyi:

KERANA CINTA JUA AKU BERBICARA,

DENGAN NADA INSAN TERLUKA,

MELUAH RASA MELUAH FAKTA,

MENCEDERA JIWA,

SEMUANYA KERANA CINTA…

Bila aku tengok2 balik lirik ni aku cm terlintas la kt kepala aku apa makna yang tersirat disebalik kata2 ni… Dan aku cuba hayati balik apa makna lirik ni. Pada amatan aku ianya membawa maksud seperti berikut: Apabila kita cinta/suka/sayangkan sesuatu akan kita berkorban (didalam lirik ni digunakan bahasa “berbicara”) walaupun kita dimaki hamun, di cerca, dihina, dan di keji. Kita teteap akan menegakkan atau menzahirkan apa yang kita sayangkan itu (bermaksud mempertahankan sesuatu) walau apa rintangan yang akan ditempuhi. Sebab semuanya kerana kita cinta/suka/sayangkan ia…

Hehe…. ni pada pendapat aku la secara keseluruhannya… sje aku gatal2 tangan tulis kat cni just nak luahkan pendapat aku secara peribadi tentang makna dalam lirik ni.. tapi mungkin ada yang berpendapat lain tentang lirik ni kot. Siapa tahu kan? Hehehe…. Tapi bila aku fikir2 balik lirik ni ada sedikit sebanyak berkaitan dengan sirah Rasullah S.A.W dimana beberapa frasa2 didalam lirik ni ada kaitan dengan liku2 dakwah baginda . Mungkin aku sedikit berfalsafah (Ye la kot?) Kalau nak lebih faham cuba teliti balik bait2 lirik ni…. Lagunya Aku Rela… Betul ke maknanya?

Wallahualam…..

Projek Baru + Lagu2 Gamelan Tradisional= Warisan Bangsa

Posted by king on 16th April 2009 in Uncategorized

Semalam… Dalam perjalanan aku ke ofis (Nasyeed.Com) aku singgah la kejap kt Giant Shah Alam Sect.13.. Terjumpe plak aku sebuah buku yang bertajuk “The Malay Traditional Musics”. Aku beli! Xkesah la harge die… Apalah sangat dikirakan duit dengan isi kandungan buku tu kn? Ilmu……

Sampai ofis aku terus belek2 buku tu. Agak terkejut aku dengan isi kandungannye… Lengkap dengan sejarah muzik tradisional di negara kita ni, sekali dengan skor notasi muziknya skali ade tau… Perasaan aku tiba2 rasa bercampur… Semua ada… Seram sejuk ada, sedih sebak ada, marah pun ada… Hmmmm.. ade la tu sebab die tu kot..

Aku belek2 lg tiba la di bahagian yang paling aku cari2 selama ni iaitu bahagian muzik gamelan. Sbnrnya dah lama aku nak tau asal usul muzik gamelan ni… Aku belek lg… terjumpa plak notasi dan skor gamelan2 ni…aku try2 la main dgn kibod aku tu…. Tup2 masuk Abg.Bos (Abg.Waie). Katanya dia suka cara aku main lagu gamelan tu.. Then masuk plak Abg. Dakmie… Diorg ni mungkin dapat idea rasanya… Tup2 terus diorg bg satu projek untuk aku iaitu: Lagu2 instrumental Gamelan Kontemporari. Aku terduduk sekejap berfikir… Besar tanggungjawab aku tu kalau ikut2 kan sbnrnya….

Aku sahut cabaran ni dengan beberapa tujuan yang bermain di fikiran aku….

Keikhlasan dalam berkarya?

Posted by king on 16th April 2009 in Uncategorized

 

Hari aku melayan kerenah gadis2 NC… Jamming…..

Jumaat aritu (X silap aku 10hb April), tengah aku dok mengelamun2 dalam studio tu datang le si Ada ngan Kak Mass ni (diorang ni aku gelar Gadis2 NC) hehe…. Nak jamming la kononnye kt studio ni. Aku cm maleh gk tp pikir2 balik bleh gak aku test bakat gadis2 yakni akak2 aku ni kan? Hehe….  Dengan berbekalkan gitar akustik milik Abg Balie. Kitorang start la dgn wat training dulu… Penat gk la aku melayan kakak2 aku ni. Hahaha…. Anyway thanx to Lah coz rakamkan aksi luar kawal diorang… Haha.  Buat Aji gk, thanx sbb jd sound engineer gantikan tempat aku. Hehehehe…. (Dah gadis2 ni nak record, layan je la….)

Mengeluh jgk diorang sepanjang recording ni. Actually diorang memilih ntok menyanyikan lagu Yuna bertajuk ‘Dan Sebenarnya’….  Lagu ni ada sikit soul Blues. Layan gak… Sbb aku pn xpnah2 main lagu blues. Hehehe…. Timbul plak idea nk wat lagu yang ade soul blues rhythm. Ni sume idea Ada tau…. Haha, kelakar gile sbb lagu ni dah la aku xpnah dgr, main pun agak2 je chord die. Tapi gaya nyanyian Yuna sbnrnya agak unik dan jika nk try jamm lagu ni kne teliti  secara detail skit.. Hehe tp hari tu kitorang main bedal je..

 

Naik bpeluh jugak aku melayan kerenah kakak2 aku ni. Akhirnya rakaman suara kami terhasil la juga. Bila wat recording ‘live unplugged accoustic’ kenalah wat elok2 sbb nak kekalkan ‘life recording’ tu… hehe. So, kompem la ada “musical grammaticalically errors” (chewah… aku reka tu term tu….) spt, pitching yang ke laut dan tempo yang sipi2 lagi sikit nak tepat. Hehehehe…. Kami buat life acoustic, so tak de cut2 aaa.. hehe.. Cam nk jd pro la ckit… Hehehe… So akhirnya siapla jugak lagu dendangan Kak Mass n Ada, Gadis2 NC… Berbaloi la aku berhempas pulas sehari tu… hehehehe….

Jammin

 

Kesimpulan dari cerita aku ni.. bila kita nak luahkan sesuatu atau ekspresikan sesuatu dari perasaan kita, ianya akan keluar dalam bentuk yang bersih jika datang dari hati yang bersih. Begitulah jika sebaliknya…. Pada amatan aku, sepanjang sesi rakaman aku dgn kakak2 aku ni, aku tgk diorg ni ikhlas dalam menyampaikan lagu ni. (aku xpandai judge, tapi ni rasa aku la) sebab diorang rakam sampai lebih 10 take. Bukan nk wat album pun kn? Hehehe… Tapi mungkinkah itu yang dinamakan keikhlasan didalam berkarya? Siapa tahu? Hanya Dia yang maha mengetahui…. Wallahualam…. :-)

Fokus….

Posted by king on 3rd April 2009 in Uncategorized

Fokus…. Itulah perkataan yang sering Abg. Dakmie katakn pada aku. sebenarnya fokus amat penting dalam aspek kehidupan kita ni. Bagi mana2 orang yang boleh fokus banyak benda dalam satu masa memang aku tabik. Susah beb nk fokus banyak benda… pendek kata sesak nafas….

Alhamdulliah… Td sempat jugak aku siapkan lagu dengan Abg. Dakmie. Itulah antara hasil kalau aku fokus dalm kerja. Insya Allah semua akan selamat dan jaya…. :-)

dsc02533