Projek Baru + Lagu2 Gamelan Tradisional= Warisan Bangsa
Semalam… Dalam perjalanan aku ke ofis (Nasyeed.Com) aku singgah la kejap kt Giant Shah Alam Sect.13.. Terjumpe plak aku sebuah buku yang bertajuk “The Malay Traditional Musics”. Aku beli! Xkesah la harge die… Apalah sangat dikirakan duit dengan isi kandungan buku tu kn? Ilmu……
Sampai ofis aku terus belek2 buku tu. Agak terkejut aku dengan isi kandungannye… Lengkap dengan sejarah muzik tradisional di negara kita ni, sekali dengan skor notasi muziknya skali ade tau… Perasaan aku tiba2 rasa bercampur… Semua ada… Seram sejuk ada, sedih sebak ada, marah pun ada… Hmmmm.. ade la tu sebab die tu kot..
Aku belek2 lg tiba la di bahagian yang paling aku cari2 selama ni iaitu bahagian muzik gamelan. Sbnrnya dah lama aku nak tau asal usul muzik gamelan ni… Aku belek lg… terjumpa plak notasi dan skor gamelan2 ni…aku try2 la main dgn kibod aku tu…. Tup2 masuk Abg.Bos (Abg.Waie). Katanya dia suka cara aku main lagu gamelan tu.. Then masuk plak Abg. Dakmie… Diorg ni mungkin dapat idea rasanya… Tup2 terus diorg bg satu projek untuk aku iaitu: Lagu2 instrumental Gamelan Kontemporari. Aku terduduk sekejap berfikir… Besar tanggungjawab aku tu kalau ikut2 kan sbnrnya….
Aku sahut cabaran ni dengan beberapa tujuan yang bermain di fikiran aku….
