Aku Rela… Betul ke maknanya?
Extract from the song of ”Aku Rela’ by ALGEBRA yang mana bait2 liriknya berbunyi:
KERANA CINTA JUA AKU BERBICARA,
DENGAN NADA INSAN TERLUKA,
MELUAH RASA MELUAH FAKTA,
MENCEDERA JIWA,
SEMUANYA KERANA CINTA…
Bila aku tengok2 balik lirik ni aku cm terlintas la kt kepala aku apa makna yang tersirat disebalik kata2 ni… Dan aku cuba hayati balik apa makna lirik ni. Pada amatan aku ianya membawa maksud seperti berikut: Apabila kita cinta/suka/sayangkan sesuatu akan kita berkorban (didalam lirik ni digunakan bahasa “berbicara”) walaupun kita dimaki hamun, di cerca, dihina, dan di keji. Kita teteap akan menegakkan atau menzahirkan apa yang kita sayangkan itu (bermaksud mempertahankan sesuatu) walau apa rintangan yang akan ditempuhi. Sebab semuanya kerana kita cinta/suka/sayangkan ia…
Hehe…. ni pada pendapat aku la secara keseluruhannya… sje aku gatal2 tangan tulis kat cni just nak luahkan pendapat aku secara peribadi tentang makna dalam lirik ni.. tapi mungkin ada yang berpendapat lain tentang lirik ni kot. Siapa tahu kan? Hehehe…. Tapi bila aku fikir2 balik lirik ni ada sedikit sebanyak berkaitan dengan sirah Rasullah S.A.W dimana beberapa frasa2 didalam lirik ni ada kaitan dengan liku2 dakwah baginda . Mungkin aku sedikit berfalsafah (Ye la kot?) Kalau nak lebih faham cuba teliti balik bait2 lirik ni…. Lagunya Aku Rela… Betul ke maknanya?
Wallahualam…..