Archive for June, 2009

Pengalaman pertama…..

Posted by king on 28th June 2009 in Uncategorized

Perkampungan Bintang Nasyid Mukmin

Nasyid yang kini merupakan satu medium yang semakin berkembang telah mendapat tempat di hati ramai pihak. Tidak ketinggalan golongan muda yang di mana dari kategori sekolah rendah. Dengan itu, satu inisiatif baru telah dijalankan dan ini boleh dipuji kerana ianya membawa satu pembaharuan didalam industri nasyid tanah air. “Bintang Nasyid Mukmin”… Itulah tajuk program yang disasarkan kepada golongan pelajar2 sekolah rendah bagi mempamerkan bakat2 mereka untuk di gilap agar bersinar di kemudian hari. Program ini telah beberapa tahun di jalankan dengan pelbagai konsep. Tetapi aku baru pada tahun ni baru melibatkan diri dan pada tahun ini konsep yang di bawa begitu berbeza sekali iaitu ala2 akademi dengan perlaksanaan melalui pendekatan ‘perkampungan’.

Pengalaman Aku….. Di ceritakan….

Ya…. Perkampungan Bintang Nasyid Mukmin 09. Itu lah tajuk nya pada tahun ini dan aku secara tidak langsung terlibat dengan program ini. Pertama kali pengalaman aku terlibat di dalam program sebegini memberikan cabaran yang kuat pada aku. Di tambah pula aku diberi tanggung jawab selaku musical director (MD). Disini aku sebenarnya belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Yela kan? Macam2 ragam aku jumpa sepanjang program ini. Tapi, Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar sehingga tamat program. Pengalaman aku disini ialah sebagai penyusun muzik. Walaupun muzik yang dimainkan didalam bentuk muzik perkusi ia tetap mencabar. Dengan berbekalkan sedikit pengetahuan aku gagahkan diri meneruskan juga tugas aku demi amanah yang di berikan pada aku. Akhirnya ianya berjaya sehingga ke kemuncaknya….

Sesi bersama dakmie

Gamelan lagi…..

Posted by king on 17th June 2009 in Uncategorized

Dah dekat 2 bulan dah rasanya aku tinggalkan projek gamelan ni…. Comment pn ade yg tanye ape update citernye lagu2 gamelan ni… hehehe. Actually aku hanya tinggalkan sementara sahaja bukan untuk selamanya kerna ada beberapa komitmen lain yang aku perlu dahulukan buat sementara waktu ini. Beberapa minggu yang lalu aku berjumpa dengan seseorang yang berpengalaman di dalam muzik. Di ceritakan tentang projek gamelan aku ini. Beliau mengatakan bahawa lagu2 gamelan sekarang sudah biasa didengari. Ya…. Pendapat beliau begitu tepat sekali kerana lagu2 yang aku reprogrammed ni adalah lagu2 asas dan lagu2 asli didalam permainan muzik gamelan asli. Hehe… mungkin posting kali ni agak teknikal sedikit. Tapi xpe… aku just nak share ape yang aku tahu..

Berdasarkan kritakan dan komen yang aku terima tempoh hari, aku tetap mahu teruskan dengan apa yang ada. Tak mengapalah jika orang yang dengar lagu2 gamelan ini dah familiar, ini kerana sasaran aku adalah pada golongan2 yang tidak tahu menahu apa2 tentang perkara ini. Bak kata orang, pendedahan pertama la… hehe.. selain dari tujuan komersil dan marketing, tujuan ini lah yang menjadi sasaran utama aku dan ianya memberikan azam dan semangat untuk aku teruskan jua projek ini kerana pada aku masih ramai lagi yang buta tentang seni warisan tinggalan bangsa ini.. Lantas dari situ juga aku mendapat idea untuk menggabungkan unsur kontemporari dalam muzik ini agar pendengar2 nanti takde la nak dengar lagu yang hampir sama je bunyinya. Mungkin sedikit berbeza tetapi asas gamelan itu masih tetap ada iaitu dengan pengunaan not2 yang sama dalam permainan muzik gamelan asli. Hehe….

bonang

Insya Allah dengan hasil yang ada generasi masa kini sedikit sebanyak tidak melupakan apa yang bangsa sendiri warisi dan kita sepatutnya berbangga kengan khazanah warisan ini. Cuma untuk kelihatan up to date, susunan muzik gamelan iini tetap seperti asal tetapi hanya instrumentasi nya sahaja akan agak sedikit berbeza dengan yang asal, tetapi ianya tidak mencacatkan keaslian lagu yang asal.

Disini sedikit sebanyak aku pelajari macam mana mahu memperkembangkan idea sedikit demi sedikit dengan pengetahuan aku yang agak terbatas aku teruskan jua demi bangsa….. Dalam itu lagi masih ada beberapa kemungkinan yang berlegar2 di fikiran aku semasa aku membuat posting ini… Hmmmm. mungkin itu dan ini… siapa tahu?