Gamelan lagi…..
Dah dekat 2 bulan dah rasanya aku tinggalkan projek gamelan ni…. Comment pn ade yg tanye ape update citernye lagu2 gamelan ni… hehehe. Actually aku hanya tinggalkan sementara sahaja bukan untuk selamanya kerna ada beberapa komitmen lain yang aku perlu dahulukan buat sementara waktu ini. Beberapa minggu yang lalu aku berjumpa dengan seseorang yang berpengalaman di dalam muzik. Di ceritakan tentang projek gamelan aku ini. Beliau mengatakan bahawa lagu2 gamelan sekarang sudah biasa didengari. Ya…. Pendapat beliau begitu tepat sekali kerana lagu2 yang aku reprogrammed ni adalah lagu2 asas dan lagu2 asli didalam permainan muzik gamelan asli. Hehe… mungkin posting kali ni agak teknikal sedikit. Tapi xpe… aku just nak share ape yang aku tahu..
Berdasarkan kritakan dan komen yang aku terima tempoh hari, aku tetap mahu teruskan dengan apa yang ada. Tak mengapalah jika orang yang dengar lagu2 gamelan ini dah familiar, ini kerana sasaran aku adalah pada golongan2 yang tidak tahu menahu apa2 tentang perkara ini. Bak kata orang, pendedahan pertama la… hehe.. selain dari tujuan komersil dan marketing, tujuan ini lah yang menjadi sasaran utama aku dan ianya memberikan azam dan semangat untuk aku teruskan jua projek ini kerana pada aku masih ramai lagi yang buta tentang seni warisan tinggalan bangsa ini.. Lantas dari situ juga aku mendapat idea untuk menggabungkan unsur kontemporari dalam muzik ini agar pendengar2 nanti takde la nak dengar lagu yang hampir sama je bunyinya. Mungkin sedikit berbeza tetapi asas gamelan itu masih tetap ada iaitu dengan pengunaan not2 yang sama dalam permainan muzik gamelan asli. Hehe….

Insya Allah dengan hasil yang ada generasi masa kini sedikit sebanyak tidak melupakan apa yang bangsa sendiri warisi dan kita sepatutnya berbangga kengan khazanah warisan ini. Cuma untuk kelihatan up to date, susunan muzik gamelan iini tetap seperti asal tetapi hanya instrumentasi nya sahaja akan agak sedikit berbeza dengan yang asal, tetapi ianya tidak mencacatkan keaslian lagu yang asal.
Disini sedikit sebanyak aku pelajari macam mana mahu memperkembangkan idea sedikit demi sedikit dengan pengetahuan aku yang agak terbatas aku teruskan jua demi bangsa….. Dalam itu lagi masih ada beberapa kemungkinan yang berlegar2 di fikiran aku semasa aku membuat posting ini… Hmmmm. mungkin itu dan ini… siapa tahu?