Balik Kampung tanpa di rancang……
14 Julai, malamnya di UDM
Terdengar Mestica ade show di Kuala Terengganu membuatkan aku x duduk diam. Hati jadi kacau terus aku teringat kampung aku. Membuat keputusan untuk menyertai, permohonan aku untuk turut serta diluluskan Abg Razin. Hehe…. akhirnya dapat jugak aku balik walaupun sekejap. Bertolak dari ofis NAsyeed.Com dalam jam 10 pagi, kami (Aku, Abg.Waie, Abg.Razin, dan Abg.Khairul) bertolak menaiki toyota unser menuju ke gombak untuk pick up Abg. Khalil. Abg.Epul x dapat join show ni mungkin kerja kot. Huhu….
Kami bermusafir selama lebih kurang 7 jam dengan hanya berhenti di hentian R&R Gambang untuk lunch dan meneruskan perjalanan hingga ke K.Trg dan sampai lebih kurang dalam jan 5 petang. Sesampai nya kami terus ke UDM (Univ. Darul Iman Malaysia) kali ni aku memainkan peranan sbg tourist guide. Hehehe…. maklumla… bawak artis balik kampung tuuuu….
Di sebelah malamnya Mestica beraksi dan berkongsi pentas dengan Akbar dan Yassin serta 2 kumpulan nasyid dari UDM sendiri.. Selepas show aku bawak diorg g makan kat tempat yang aku selalu makan. Kat sini buat pertama kalinya Ayahanda aku bertentang mata bersama Mestica dan jugak abg. Waie. Banyak jugak la diorg sembang malam tu… Gembira jugak hati aku sbb aku dapat menemukan ayah aku dengan mereka. Selesainya kami terus ke penginapan di UMT (Univ.Malaysia Terengganu) dimana mereka akan beraksi pula pada malam esoknya.
15 Julai di UMT pula…
Kami keluar bersarapan pada jam 9 pagi. Kami bersarapan di warung yang slalu aku makan dulu. Huhu… dah lame da xmakan kat situ rase2 dah 4 tahun kot aku x pg situ. Selepas sarapan kami mengambil peluang ronda2 Kuala Terengganu dan agenda mereka adalah untuk ke Pasar Payang dan membeli keropok lekor. (Maklumlah… Pelancong la kata kan… Hehehe)
Aku bersama abg. Khalil menunjuk jalan di sekitar pasar itu. agak banyak juga abg. Khalil membeli. Katanya untuk orang rumah dan anak. Hehe…. Dah selesai di Pasar Payang aku bawa diorg ni ke Marang katanya dah xsabar2 nak makan lempeng nyior kat situ. Aku pun bawak la diorg. Sesudah tu kami pun balikke penginapan di UMT tu. Pada jam 4 ptg, aku bawak lagi diorg ke Seberang Takir untuk membeli keropak lekor. Pehh…. Mmg tak hengat nye diorang shopping. Aku pikir2 la agaknya kena ada satu lagi kereta ni kalau nak balik ni. Hahaha….
Selepas tu kami terus ke UMT untuk sound check. Pada sblh malam nya pula Mestica beraksi lagi dengan beberapa persembahan2 lain seperti persembahan nasyid dari team UMT sendiri dan juga dari Nash yang turut hadir malam tu. Mungkin ade lagi kot performer2 lain tapi aku x nmpk sgt sbb mlm tu aku tolong buat sales di booth Mestica. Sebelum balik malam tu aku sempat jumpa ayahanda aku kejap dan kami packing2 dan terus pulang ke Shah Alam malam tu jugak……