Al-Fatihah…

Posted by king on 14th August 2009 in Uncategorized

13 ogos, perginya seorang pejuang dan ikon didalam industri nasyid di Malaysia iaitu Ustaz Asri Ibrahim juga di kenali dengan nama Asri Rabbani. Aku agak terkilan kerana baru sahaja beberapa hari aku bertemu beliau dan aku mendapat berita bahawa pemergian beliau sangat mengejutkan.

Dikhabarkan beliau pada pagi itu sedang menjalankan penggambaran Shahadah di angkasapuri dan rebah ketika memegang microphone. Beliau di kejarkan ke hospital Pantai dan meninggal dunia di hospital tersebut. Pada sebelah malamnya aku bersama warga Nasyeed.Com pergi ke tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir buat beliau. Pada aku perginya beliau ibarat hilangnya seorang permata, pejuang dan juga ikon didalam perjuangan dakwah melalui seni muzik ini..

Sama2 kita sedekahkan alfatihah buat beliau… Al-Fatihah…………….

Leave a Reply